sendiri. Saya pernah terdengar daripada kawan saya tentang seorang pemuda yang mempunyai "tattoo" di badannya. Dia hendak mengubah kehidupannya jadi dia berazam untuk pergi ke masjid untuk sembahyang, tetapi bila dia tiba di sana, seorang Pak Haji menegurnya dan mengatakan bahawa dia telah berdosa kerana dia telah memasuki tempat Allah dengan perlukisan haram di badannya. Saya berasa bahawa apa-apa kelakuannya tidak perlu didakwa sesiapa pun samada dia seorang Pak Haji ataupun seorang lebih dewasa daripadanya. Inilah masalah masyarakat Islam. Islam merupakan ugama yang selalu mengampuni dan memaafi tetapi ramai tidak mengikut nilai-nilai ini. Mungkin pemuda itu salah kerana dia tidak sepatutnya melukis "tattoo" di tubuhnya kerana ia kelakuan haram tetapi dia telah mencuba untuk mengubah perangainya dan kami sebagai manusia harus mendidiknya dan menyokongnya untuk menuju kehidupannya kepada Allah.
Saya berpendapat bahawa ugama merupakan satu cara kehidupan dan kami harus mengikutnya tetapi kalau kami tersilap, ia tidak bermakna bahawa kami terus harus dikutuk. Berikanlah semua orang sebuah peluang kerana jika Allah boleh memaafi dan mengampunkan dosa-dosa kami, mengapa sebagai manusia, kami harus mengutuk mereka? Kami semua bersalah kerana kami semua mesti pernah mengutuk seseorang pada seketika. Kebanyakan daripada kita mengutuk dan tidak bertimbang rasa tentang perasaan seseorang itu. Mengapakah manusia semua fikirkan diri sendiri sahaja? Manusia patutlah memikir tentang diri orang lain juga. Kami semua memerlukan seseorang untuk menolong kita dalam dunia ini jadi kami semua haruslah memikir tentang perasaan orang lain.
Sebagai seorang wanita Islam, saya pernah dituduh "cheap" kerana saya mempunyai ramai kawan lelaki. Saya amat rapat dengan mereka semua dan mereka semua menyayangi saya seperti kakak ataupun adik mereka sendiri tetapi ramai orang tua mengatakan bahawa sikap saya kurang sopan. Saya rasa amat sedih kerana saya yakin bahawa mereka tidak mempunyai niat kurang sopan terhadap saya tetapi sebagai seorang wanita Islam, ramai orang tua mengatakan bahawa saya tidak harus mempunyai begitu banyak kawan lelaki. Saya rasa bahawa di dalam dunia moden sekarang, amat susah untuk seseorang wanita untuk mempunyai kawan perempuan sahaja. Kami semua bekerja dan bersekolah. Mestilah kami mempunyai ramai kawan tidak kira perempuan atau lelaki. Kami cuma rapat dan kami tidaklah bersikap dengan kurang sopan. Jadi janganlah tuduh dengan tidak tentu-hara.
Manusia semua tidak sempurna jadi janganlah senangnya mengutuk orang lain. Saya berpendapat bahawa ramai akan setuju dengan pendapat saya kerana saya telah mendengar cerita seperti ini banyak kali dan saya fikir ia adalah sesuatu isu yang kami semua harus cuba menyelesaikan.
|