Pada
satu hari tu, Geng AnakMelayu.com decided to jalan jalan pat
Geylang Serai. Kalau tak kan, kene tunggu bulan puasa baru
ler nak rounding pat saner. Lagi pon kita denager dari kita
nyer informer yang pat Kampung Melayu tu ader satu kedai jual
keris. Kita pon macam jakon ah... Maner nak dapat keris pat
Singapore betol tak? Kalau ader pon, yang plastik punya yang
pengantin pakai... So dengan kejakonan kita, kita pon head
out to carik this keris nyer kedai...
Keris
ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan
sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk
mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris
selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa
dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak
kaki musuh berkenaan. Macam-macam cerita liagik yang sudahpon
diceritakan pasal keris. I think you all mesti tau keris yamg
paling popular sekali. Keris Taming Sari.
Keris
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung.
Jenis-jenis keris dibezakan dengan ciri-ciri tersebut dan
mempunyai nama yang unik mengikut ciri-ciri dan juga asal
usulnya.
Sebilah
keris yang dijumpai pada dinding candi Borobodor, Indonesia
mungkin menunjukkan bahawa asal usul keris adalah dari Jawa.
Kebanyakkan keris keris yang exist di seluroh dunia datang
dari Jawa dan some experts can even tell the original jawa-made
keris from the fake ones in the blink of an eye. Keris jugak
comes in different shapes and sizes. Ader yang sekecik jari
dan ader juga macam parang.
Karya
seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata
keris lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif
pada hulu dan sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk
seperti lidah api, dan sarung serta hulunya yang mempunyai
bentuk dan rekacorak yang harmonis menunjukkan gabungan seni
ukiran, seni pahat dan seni patung yang kaya mutunya. Kesemua
hasil seni ini memerlukan seni ketukangan yang tinggi dan
kepakaran yang mendalam. Bukan nyer senang nak buat keris
tau. So the next time korang jalan jalan pat Kampung Melayu
di Geylang Serai, give this little hut a visit coz pat sinilah
korang boleh tengok keris-keris pusaka melayu. :o)
p/s Klik pat gambar untuk tengok gambar besar sikit
|